Friday, October 25, 2013

HARI ANUGERAH CEMERLANG SMK KEPALA BATAS 2013

Hari Anugerah Cemerlang telah diadakan pada 25 Jun 2013 bertempat di dewan SMK Kepala Batas. Majlis ini telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Noorazniza bt Ishak, B.C.K. Beliau merupakan Ketua Jabatan Psikologi dan Kerja Sosial, Universiti Utara Malaysia. Objektif majlis ini adalah untuk memberi penghargaan kepada pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan di dalam bidang akademik dan kokurikulum. Tidak ketinggalan juga diraikan individu yang banyak memberi sumbangan untuk kemajuan sekolah. Sekalung penghargaan dan tahniah untuk pelajar yang mendapat anugerah diatas usaha gigih kalian, semoga terus berjaya di masa hadapan.
Gambar Keseluruhan Majlis>> PERHATIAN: UNTUK MELIHAT KESELURUHAN GAMBAR, SILA LOG IN MENGGUNAKAN AKAUN FACEBOOK PERSENDIRIAN

No comments:

Post a Comment