Saturday, October 26, 2013

TAHNIAH: PKMB (UDARA) SMK KEPALA BATAS MENDAPAT TEMPAT KE-3 PERINGKAT KEBANGSAAN

Perkhemahan PKBM (Udara) peringkat kebangsaan telah diadakan pada 17-21 Mei 2013 di Pusat Kepimpinan Pelajar (PUSKEP), Lenggong Perak. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM. Turut hadir ialah Asisten Ketua Staf Tadbir, Mej Jen Dato’ Mohd Noh bin Mohd Said TUDM dan Timbalan Asisten Ketua Staf PPO, Brig Jen Dato’ Syed Salim bin Syed Abu Bakar TUDM. Jabatan arah Pasukan Simpanan Tentera Udara (JPSTU) bersama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah bertanggungjawab menguruskan segala aktiviti pengurusan dan pentadbiran PKBM Udara bagi program-program melibatkan PKBM Udara. Objektif program perkhemahan ini adalah untuk meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda, memupuk semangat perpaduan kaum serta integrasi nasional, membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni, menyemarakkan semangat sukarelawan dan melahirkan generasi muda yang lebih cergas, cerdas dan penuh jati diri. Sekalung tahniah diucapkan atas usaha gigih PKBM(U) SMK Kepala Batas yang telah memperoleh tempat ke-3 keseluruhan di bawah pimpinan Cikgu Mohammad Bokhori.
Gambar Persediaan Pasukan PKBM(U) SMK Kepala Batas sebelum menyertai program tersebut>> Perkhemahan Jati Diri PKBM(U) 2013>> Perkhemahan PKBM (U) Peringkat Negeri Kedah 2012>>

No comments:

Post a Comment