Sunday, November 17, 2013

PROGRAM SEKOLAH HIJAU (GREEN SCHOOL)

Program tersebut telah dilancarkan oleh Tn. Pengetua Cemerlang pada 14 November 2013. Hadir sama pada program tersebut ialah Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan HEM, Guru-guru Kanan dan pekerja swasta. Program ini telah diketuai oleh Pn Raamani (Ketua Panitia Sains) dan dilaksanakan bersama para pelajar SMK Kepala Batas. Pelajar tingkatan 3 turut sama menjayakan program dengan melontarkan "Mudball" ke dalam kolam ikan dan parit di hadapan sekolah.

Definisi Mudball
Mudball adalah Mikroorganisma Efektif (EM) tidak mengandungi mikrob yang khusus. la merupakan campuran mikroorganisma yang terpilih yang berupaya memberi pelbagai faedah. Semua mikrob ini boleh didapati dalam alam semula jadi. la berkebolehan melupus bahan organik dan seterusnya mengeluar bahan larutan yang berfaedah seperti asid amino, gula, alkohol, hormon dan sebatian organik.

Kegunaan Mudball
Mudball bertindak sebagai agen untuk meneutralkan air dan menjernihkan air yang keruh (keladak akan mendap kedasar dan akan hilang sedikit demi sedikit akibat peranan bakteria.
Maklumat Mengenai Mudball>>
USAHA YANG SEDIKIT AKAN MEGHASILKAN KESAN YANG BESAR KEPADA ALAM SEKITAR
WARISKANLAH BUMI YANG BERSIH DAN INDAH KEPADA GENERASI BARU

Gambar Keseluruhan Program>>

MESYUARAT AJK PIBG KALI KE-3

Mesyuarat AJK PIBG kali ke-3 telah diadakan pada 13 Nov 2013 bertempat di Bilik Mesyuarat. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan dan meluluskan perkara-perkara penting yang berkaitan dengan PIBG. Disamping itu juga telah dibincangkan mengenai takwin program yang akan dilaksanakan pada tahun 2014.

Gambar Keseluruhan Mesyuarat>>

MESYUARAT PENGLIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA (PIBKS)

PIBG SMK Kepala Batas telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan mesyuarat PIBKS pada 13 November 2013 bertempat di Bilik Mesyuarat. Mesyuarat telah dihadiri oleh Tn. Pengetua Cemerlang, Yang Dipertua PIBG, Guru Kanan, AJK PIBG, Penghulu Mukim Bukit Pinang, Imam Masjid Kepala Batas, Imam Masjid Bukit Pinang, Imam Masjid Hutan Kampung, Imam Masjid Kg Teluk, Belati Wangsa Sdn. Bhd., Majlis Bandaraya Alor Setar, Takaful Insurans dan Ustaz Mokhtar (Penceramah Bebas), wakil daripada Bank Rakyat dan Pengerusi Alumni SMK Kepala Batas. Diantara perkara yang dibincangkan adalah sumbangan dari segi kepakaran, idea, tenaga dan sumber kewangan bagi menyediakan pendidikan berkualiti kepada pelajar secara bersepadu, berkesan dan cekap. "Matlamat pelan penglibatan ibu bapa dan komuniti itu adalah untuk mengalakkan Persatuan PIBG dan komuniti meluaskan fokus mereka daripada menyediakan dana tambahan untuk aktiviti pelajar hinggalah kepada membangunkan program pembelajaran diterajui oleh ibu bapa dan komuniti".(Tan Sri Muhyiddin Yassin)

Pengenalan PIBKS
PUTRAJAYA, 29 Sept (Bernama) -- Kementerian Pendidikan akan memastikan penglibatan secara langsung ibu bapa, masyarakat, pihak swasta dan persatuan alumni sebagai rakan dalam pendidikan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata langkah itu telah dikenal pasti sebagai aspek penting yang perlu dilakukan sebagai anjakan untuk membantu melonjakkan mutu pendidikan negara.
"Untuk itu kementerian akan membangunkan sarana (tool-kit) yang komprehensif untuk dilaksanakan pada tahun depan yang akan menyediakan bimbingan lebih mantap dan khusus tentang bagaimana sekolah boleh membangunkan hubungan kerjasama erat bersama ibu bapa, komuniti dan sektor swasta.
"Sarana itu juga akan membolehkan setiap sekolah membangunkan prospektus sekolah dan pelan penglibatan ibu bapa dan komuniti yang lengkap sebagai panduan," katanya berucap pada pelancaran Kembara Amal Alumni Sekolah Alam Shah (ASAS) di sini Sabtu.
Muhyiddin berkata tumpuan kementerian adalah untuk menggunakan kelebihan pelbagai pihak bagi menyediakan pendidikan berkualiti kepada pelajar secara bersepadu, berkesan dan cekap.
Antara langkah lain yang akan diambil, katanya ialah meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam membantu pembelajaran anak-anak menerusi akses dalam talian kepada kemajuan anak di sekolah selain mendapatkan maklum balas daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) mengenai pelaksanaan kurikulum setempat.
"Matlamat pelan penglibatan ibu bapa dan komuniti itu adalah untuk mengalakkan Persatuan PIBG dan komuniti meluaskan fokus mereka daripada menyediakan dana tambahan untuk aktiviti pelajar hinggalah kepada membangunkan program pembelajaran diterajui oleh ibu bapa dan komuniti," katanya.
Beliau berkata kementerian akan menyediakan instrumen kajian untuk mentaksir tahap penglibatan ibu bapa yang terkini dan menentukan bidang keutamaan yang perlu diberikan tumpuan.
Selain itu katanya, kementerian juga akan mempeluas model Sekolah Amanah kepada 500 buah menjelang 2025 dengan melibatkan kumpulan alumni dan badan bukan kerajaan yang berpotensi sebagai penganjur.
Pada majlis itu, Timbalan Perdana Menteri turut menyaksikan upacara menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) di antara Yayasan Amal ASAS dan Allianze University College of Medical Sciences untuk menaja pengajian pelajar ke universiti itu bernilai RM5 juta dalam bentuk biasiswa atau pinjaman.
-- BERNAMA


Gambar Keseluruhan Mesyuarat>>