Friday, February 14, 2014

PROGRAM IKHTIAR HIDUP, KEMBARA (13-14 FEB 2014)

Program Ikhtiar Hidup Kembara telah berlangsung pada 13-14 Feb 2014 bertempat di SMK Kepala Batas anjuran Kelab Kembara SMKKB. Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai cara-cara ikhtiar hidup. Terdapat pelbagai aktiviti sepanjang program ini berlangsung antaranya praktikal penyembelihan, solat berjemaah, memasak, aktiviti ikhtiar hidup, aktiviti berhalangan dan membuat menara daripada surat khabar. Tahniah buat Cikgu Siti Rosnani dan semua guru yang terlibat serta buat para pelajar yang begitu gigih dan bersemangat dalam menjayakan program ini. Sekalung penghargaan buat Sir Ahmad Zuber atas perkongsian gambar-gambar yang menarik.
Album Gambar 1>>
Album Gambar 2>>
Album Gambar 3>>
Album Gambar 4>>
Album Gambar 5>>
Album Gambar 6>>

No comments:

Post a Comment