Saturday, March 22, 2014

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-39

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39 telah berlangsung pada 20 Mac 2014 dan telah dirasmikan oleh Tuan Said Ali bin Syed Rastan, J.P, Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian, Parlimen Pokok Sena. Mesyuarat Agung PIBG kali ini membincangkan pelbagai usul antaranya menaikkan sumbangan tabung peningkatan prestasi dan juga tabung PIBG, larangan penggunan telefon bimbit di sekolah, isu pemakaian tudung singkat oleh pelajar perempuan dan isu pemakaian seluar ketat oleh pelajar lelaki. Dikesempatan ini juga beliau telah merasmikan Pavilion Al-Lukman yang akan digunakan untuk pelbagai aktiviti sekolah. Dalam mesyuarat Agung PIBG kali ini para waris dan pihak sekolah telah mendapat kata sepakat bagi menyelesaikan isu-isu yang telah dikemukakan.
Klik untuk Keseluruhan Majlis>>

MESYUARAT AJK PIBG KALI KE-5 SESI 2012/2013

Mesyuarat AJK PIBG telah berlangsung pada 13 Mac 2013 di Bilik Mesyuarat. Di antara agenda yang dibincangkan adalah berkaitan usul yang akan dibentangkan dalam mesyuarat agung PIBG kali ke-39 dan program yang akan dilaksanakan untuk menambah dana PIBG pada tahun ini. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.00 petang.
Album Gambar>>

Friday, March 21, 2014

PERTANDINGAN TADARUS AL-QURAN PERINGKAT ZON DAN DAERAH KOTA SETAR

Pertandingan Tadarus Al-Quran peringkat zon 3 telah berlangsung di SMK Tunku Sofiah pada 8 Mac 2014 dan Pertandingan peringkat daerah Kota Setar telah berlangsung di SMK Alor Janggus pada 15 Mac 2014. Bagi peringkat zon 3 kota setar: Tempat ke-3 bagi acara tilawah di wakili oleh Ahmad Izzat bin Abd Aziz 3 inovatif ,syarahan perempuan mendapat Naib Johan diwakili oleh Nurul Izzati bt Sohimi dan tilawah perempuan mendapat johan diwakili oleh Nur Aini Sofea bt Hamdan. Bagi peringkat daerah Kota Setar adik Nor Aini Sofea yg mewakili zon 3, telah berjaya mendapat tempat ke-3. Tahniah diucapkan atas kejayaan anda semua.

WAJAH-WAJAH CERIA MENGHIASI MAJLIS PENYAMPAIAN KEPUTUSAN SPM 2013

Majlis penyampaian keputusan SPM 2013 telah berlangsung di Dewan Lukman Hakim SMK Kepala Batas pada 20 Mac 2013. SMK Kepala Batas telah mencatat sejarah apabila 2 orang pelajar memperoleh 8A, 1 orang memperoleh 7A, 2 orang memperoleh 6A dan seramai 12 orang pelajar memperoleh 5A. GPS sekolah telah melonjak daripada 5.89 kepada 5.35, dengan peningkatan sebanyak 0.54. Peratus lulus telah meningkat daripada 40.91 kepada 57.35 peratus iaitu kenaikan sebanyak 16.44 peratus. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh. Sesungguhnya tidak ada jalan mudah dalam mencapai kejayaan, segala titik peluh kalian selama ini akhirnya membuahkan hasil. Kejayaan kalian adalah kebanggaan semua warga SMK Kepala Batas. Teruskan kejayaan pada masa hadapan.
Klik untuk keseluruhan majlis>>
Album Gambar Sir Zuber>>