Tuesday, April 29, 2014

WARNA WARNI MENGHIASI MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG SMK KEPALA BATAS 2014

Majlis Anugerah Cemerlang SMK Kepala Batas telah berlangsung pada 30 April 2014 bertempat di Dewan Lukman Hakim. Majlis telah disempurnakan oleh Kolonel Sardon bin Hassan PAT SDK SMP KAT AMN AMK PJM PNBB PPS PPA PKP awc psc TUDM, Komanden Kolej Tentera Udara, kepala Batas, Kedah. Majils ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepala pelajar-pelajar dan juga guru-guru yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum, tidak ketinggalan juga anugerah diberikan kepada individu atau komuniti yang telah menyumbang demi kejayaan anak-anak pelajar. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah dan ucapan terima kasih kepada semua warga SMKKB yang telah menyumbang tenaga demi menjayakan majlis ini.
Klik untuk keseluruhan majlis>>
Sila login Facebook terlebih dahulu

Monday, April 28, 2014

TAHNIAH: PKBM (U) SMK KEPALA BATAS JUARA KESELURUHAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

ALOR SETAR, 26 Apr 14 – Asisten Ketua Staf Tadbir, YBhg Brig Jen Ahmad Tarmizi bin Elias TUDM telah menyempurnakan Majlis Penutup Perkhemahan dan Pemakaian Pangkat Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) Udara yang telah diadakan di Kolej Tentera Udara. Seramai 275 orang Kadet PKBM Udara dari gabungan 23 buah sekolah PKBM Udara seluruh Malaysia telah menyertai program perkhemahan ini yang diadakan mulai 20 hingga 26 Apr 14 di Pusat Latihan Pegawai , Kolej Tentera Udara, Alor Setar, Kedah. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan di sepanjang program perkhemahan ini berlangsung antaranya ujian kawad kaki, ujian baca peta, ujian bertulis, pertandingan kawad kaki, pertandingan jalan laju, pertandingan menembak dan latihan merentas halangan. Program ini secara tidak langsung telah meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ketenteraan kadet PKBM Udara sejajar dengan perkembangan terkini dengan perkembangan terkini TUDM khasnya dan ATM amnya dalam membentuk kadet PKBM agar sentiasa memelihara disiplin diri dan etika ketenteraan.

Sumber

SYABAS & TAHNIAH kepada Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (Udara) SMK Kepala Batas yang telah menjuarai beberapa kategori pertandingan seterusnya muncul Juara Keseluruhan dalam Perkhemahan Tahunan PKBM (Udara) Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan di Kolej Tentera Udara Kepala Batas pada 25-26 April 2014. Foto: Puan Siti Aminah bt Hassan (PK Kokurikulum) menyerahkan piala kemenangan kepada Tuan Haji Sharif b Bahari, Pengetua SMK Kepala Batas.
Klik untuk keseluruhan gambar>>
Fotografer: Sir Zuber dan Ustaz Nasir.

Tuesday, April 15, 2014

SMK KEPALA BATAS MENERIMA PENGETUA BARU

Selamat datang diucapkan kepada tuan pengetua, Tn. Hj. Sharif bin Bahari yang bertukar masuk ke SMK Kepala Batas dari SMK Kubang Rotan. SMK Kepala Batas telah menerima rombongan dari SMK Kubang Rotan pada 31 Mac 2014 pada jam 2.30 petang. Pihak pengurusan dan semua warga SMK Kepala Batas mengalu-alukan kehadiran Tn. Hj. Sharif bin Bahari sebagai pengetua bagi meneruskan kesinambungan kecemerlangan sekolah.
Keseluruhan Majlis>>