Monday, April 28, 2014

TAHNIAH: PKBM (U) SMK KEPALA BATAS JUARA KESELURUHAN PERINGKAT KEBANGSAAN 2014

ALOR SETAR, 26 Apr 14 – Asisten Ketua Staf Tadbir, YBhg Brig Jen Ahmad Tarmizi bin Elias TUDM telah menyempurnakan Majlis Penutup Perkhemahan dan Pemakaian Pangkat Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) Udara yang telah diadakan di Kolej Tentera Udara. Seramai 275 orang Kadet PKBM Udara dari gabungan 23 buah sekolah PKBM Udara seluruh Malaysia telah menyertai program perkhemahan ini yang diadakan mulai 20 hingga 26 Apr 14 di Pusat Latihan Pegawai , Kolej Tentera Udara, Alor Setar, Kedah. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan di sepanjang program perkhemahan ini berlangsung antaranya ujian kawad kaki, ujian baca peta, ujian bertulis, pertandingan kawad kaki, pertandingan jalan laju, pertandingan menembak dan latihan merentas halangan. Program ini secara tidak langsung telah meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ketenteraan kadet PKBM Udara sejajar dengan perkembangan terkini dengan perkembangan terkini TUDM khasnya dan ATM amnya dalam membentuk kadet PKBM agar sentiasa memelihara disiplin diri dan etika ketenteraan.

Sumber

SYABAS & TAHNIAH kepada Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (Udara) SMK Kepala Batas yang telah menjuarai beberapa kategori pertandingan seterusnya muncul Juara Keseluruhan dalam Perkhemahan Tahunan PKBM (Udara) Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan di Kolej Tentera Udara Kepala Batas pada 25-26 April 2014. Foto: Puan Siti Aminah bt Hassan (PK Kokurikulum) menyerahkan piala kemenangan kepada Tuan Haji Sharif b Bahari, Pengetua SMK Kepala Batas.
Klik untuk keseluruhan gambar>>
Fotografer: Sir Zuber dan Ustaz Nasir.

1 comment: