Tuesday, April 29, 2014

WARNA WARNI MENGHIASI MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG SMK KEPALA BATAS 2014

Majlis Anugerah Cemerlang SMK Kepala Batas telah berlangsung pada 30 April 2014 bertempat di Dewan Lukman Hakim. Majlis telah disempurnakan oleh Kolonel Sardon bin Hassan PAT SDK SMP KAT AMN AMK PJM PNBB PPS PPA PKP awc psc TUDM, Komanden Kolej Tentera Udara, kepala Batas, Kedah. Majils ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepala pelajar-pelajar dan juga guru-guru yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum, tidak ketinggalan juga anugerah diberikan kepada individu atau komuniti yang telah menyumbang demi kejayaan anak-anak pelajar. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah dan ucapan terima kasih kepada semua warga SMKKB yang telah menyumbang tenaga demi menjayakan majlis ini.
Klik untuk keseluruhan majlis>>
Sila login Facebook terlebih dahulu

No comments:

Post a Comment