Friday, February 28, 2014

MERIAH: FORUM PERDANA "JUTAWAN AKHIRAT"

Program Forum Perdana yang bertajuk "Jutawan Akhirat" telah berlangsung dengan meriah pada 27 Februari 2014 (Khamis) bertempat di Padang SMK Kepala Batas pada pukul 9.00 hingga 11.00 malam. Persiapan untuk Forum Perdana telah dibantu dari segi logistik oleh pelbagai agensi khususnya JKR. Ahli panel yang dijemput khas untuk program ini ialah Dato' Kapten (B) Najmudin bin Elias Al Hafiz, Penaung Pusat Pendidikan Al-Barakah dan Ustaz Haji Mohd Isa bin Haji Abd. Rahman dari Jabatan Mufti Negeri Kedah. Moderator untuk program ini ialah Ustaz Lutfi Amir bin Saiadin, Pegawai Kaunselor, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah. Program ini bertujuan untuk mengutip derma untuk membesarkan surau SMK Kepala Batas telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada orang ramai khususnya para waris dan pelajar-pelajar SMK Kepala Batas. Tahniah kepada semua warga SMK Kepala Batas yang terlibat dan kepada sesiapa sahaja yang telah memberi sumbangan semoga segala pengorbanan kalian mendapat ganjaran yang setimpal di sisi Allah S.W.T. Amin
KESELURUHAN PROGRAM>>

1 comment:

  1. wow I think this guys need huge led display lol here is one good deal - http://www.dynamo-led-displays.co.uk/

    ReplyDelete