Friday, February 14, 2014

PROGRAM IKHTIAR HIDUP, KEMBARA (13-14 FEB 2014)

Program Ikhtiar Hidup Kembara telah berlangsung pada 13-14 Feb 2014 bertempat di SMK Kepala Batas anjuran Kelab Kembara SMKKB. Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai cara-cara ikhtiar hidup. Terdapat pelbagai aktiviti sepanjang program ini berlangsung antaranya praktikal penyembelihan, solat berjemaah, memasak, aktiviti ikhtiar hidup, aktiviti berhalangan dan membuat menara daripada surat khabar. Tahniah buat Cikgu Siti Rosnani dan semua guru yang terlibat serta buat para pelajar yang begitu gigih dan bersemangat dalam menjayakan program ini. Sekalung penghargaan buat Sir Ahmad Zuber atas perkongsian gambar-gambar yang menarik.
Album Gambar 1>>
Album Gambar 2>>
Album Gambar 3>>
Album Gambar 4>>
Album Gambar 5>>
Album Gambar 6>>

Tuesday, February 4, 2014

MAJLIS PERPISAHAN PENGETUA CEMERLANG SMK KEPALA BATAS, TN HAJI ZARAWI BIN HAJI DOGOL (4 FEB 2014)

Majlis Perpisahan Tuan Pengetua Cemerlang SMK Kepala Batas, Tn. Haji Zarawi bin Haji Dogol telah berlangsung pada 4 Februari 2014 (Selasa) bertempat di Dewan Terbuka SMK Kepala Batas. Terima kasih atas segala bakti yang telah dicurahkan. Warga SMK Kepala Batas mengucapkan selamat bertugas di tempat baru sebagai SIP+ (School Improvement Partner) di negeri Perlis. Segala jasa tuan terpahat dalam kenangan kami semua.
Keseluruhan Majlis>>
Album 1>>
Album 2>>
Album 3>>

SENAMROBIK PERDANA SMK KEPALA BATAS (26 JAN 2014)

Senamrobik Perdana telah diadakan pada 26 Januari 2014 bertempat di padang SMK Kepala Batas. Program ini bertujuan untuk memupuk kerjasama demi melahirkan pelajar yang sihat dari segi fizikal. Bertepatan dengan kata pepatah "Minda yang cerdas lahir dari badan yang sihat"
Album Gambar 1>>
Album Gambar 2>>
Album Gambar 3>>
Album Gambar 4>>

KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS SIRI 1/2014

Kursus kepimpinan pengawas telah diadakan pada 25 Jan 2014 bertempat di SMK Kepala Batas. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pengawas sekolah mengenai bidang kepimpinan khususnya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pengawas. Tahniah diucapkan kepada pelajar yang telah mengikuti kursus ini dengan jayanya, semoga kalian dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi.
Kredit pada Cikgu Ahmad Zuber>>

Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 2014

Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan telah diadakan pada 16 Januari 2014 di SMK Kepala Batas. Bantuan merupakan wang tunai RM 100 telah diberikan untuk setiap pelajar oleh kerajaan bertujuan bagi membantu setiap pelajar untuk menampung perbelanjaan awal persekolahan.
Klik untuk Gambar Keseluruhan Majlis>>
Gambar dari FB Cikgu Zuber, Kredit untuk Cikgu Zuber>>