Program tersebut telah dianjurkan oleh Unit Kaunseling dengan kerjasama Badan Disiplin dan Pengawas SMK Kepala Batas pada 19 hingga 21 Februari 2014 bertempat di Pusat Kokurikulum Daerah Pendang, Kedah. Seramai 60 orang peserta telah menyertai kem ini. Program ini bertujuan untuk memahami peranan dan fungsi sebagai pengawas sekolah, mempraktikkan gaya kepimpinan sepanjang melaksanakan tugas sebagai pengawas, menjadi individu yang lebih memberi perhatian dan prihatin terhadap tugas dan tanggungjawab mereka dan meningkatkan keyakinan diri dan berkebolehan untuk berkomunikasi di kalangan rakan. Tahniah kepada semua guru dan pelajar yang terlibat dalam program ini. Semoga Aspirasi Negara untuk melahirkan pelajar yang berkemahiran memimpin dapat direalisasikan.
KESELURUHAN PROGRAM>>
ALBUM GAMBAR>>
Saturday, February 22, 2014
Sunday, February 16, 2014
PELANCARAN PROGRAM SEMARAK NILAM & MAJLIS PENGANUGERAHAN NILAM (16-2-2014)
Program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) merupakan Program Kementerian Pelajaran yang mula diadakan pada tahun 2008 bertujuan membina amalan membaca dalam kalangan murid sekolah di Malaysia. Program ini turut memberikan impak positif dalam pelaksanaan Dasar Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBI) di samping meningkatkan koleksi bahan bacaan Pusat Sumber Sekolah. Apabila budaya membaca menjadi subur di dalam jiwa, seseorang pelajar itu akan terbina akhlak dan peribadinya, berkarisma dan menjadi seorang pelajar yang berketrampilan. Sewajarnya Program NILAM disokong oleh semua pihak demi kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar di samping merealisasikan aspirasi misi KPM dalam 'Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti.'
Album Gambar>>
Friday, February 14, 2014
PROGRAM IKHTIAR HIDUP, KEMBARA (13-14 FEB 2014)
Program Ikhtiar Hidup Kembara telah berlangsung pada 13-14 Feb 2014 bertempat di SMK Kepala Batas anjuran Kelab Kembara SMKKB. Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai cara-cara ikhtiar hidup. Terdapat pelbagai aktiviti sepanjang program ini berlangsung antaranya praktikal penyembelihan, solat berjemaah, memasak, aktiviti ikhtiar hidup, aktiviti berhalangan dan membuat menara daripada surat khabar. Tahniah buat Cikgu Siti Rosnani dan semua guru yang terlibat serta buat para pelajar yang begitu gigih dan bersemangat dalam menjayakan program ini. Sekalung penghargaan buat Sir Ahmad Zuber atas perkongsian gambar-gambar yang menarik.
Album Gambar 1>>
Album Gambar 2>>
Album Gambar 3>>
Album Gambar 4>>
Album Gambar 5>>
Album Gambar 6>>
Album Gambar 2>>
Album Gambar 3>>
Album Gambar 4>>
Album Gambar 5>>
Album Gambar 6>>
Subscribe to:
Posts (Atom)








































