Saturday, January 4, 2014

PENDAFTARAN TINGKATAN 2, 3, 4 DAN 5

Pendaftaran tingkatan 2,3,4 dan 5 telah diadakan pada 31 Disember 2013. Selamat kembali ke sekolah diucapkan pada semua pelajar SMKKB sesi 2014. Teruskan kecemerlangan anda semua untuk tahun 2014.
Keseluruhan majlis>>

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1

Pendaftaran pelajar tingkatan 1 telah diadakan pada 30 Disember 2013. Selamat datang diucapkan kepada semua waris dan pelajar tingkatan 1. Teruskan kecemerlangan anda semua di SMK Kepala Batas.
.
Keseluruhan Majlis>>

MESYUARAT GURU KALI PERTAMA

Mesyuarat guru kali pertama telah diadakan pada 29 Disember 2013 di Dewan Tertutup SMK Kepala Batas. Tuan Pengetua telah menerangkan hala tuju SMK Kepala Batas bagi tahun 2014. Di samping itu sijil penghargaan juga telah diberikan kepada panitia yang telah menunjukkan peningkatan dalam peperiksaan PMR 2013.

Gambar keseluruhan>>

Friday, January 3, 2014

KEPUTUSAN PMR 2013

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada pelajar dan waris tingkatan 3, 2013 yang memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR. Bilangan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang seperti berikut: 9A-1 orang, 7A-1 orang, 6A-4 orang dan 5A-5 orang. Pelajar yang berjaya mendapat 9A ialah Azura binti Mohamad Azmir dari tingkatan 3 Imtiyaz manakala pelajar yang mendapat 7A 2B ialah Nur Atiqah binti Mohamad Asri juga dari tingkatan 3 Imtiyaz. Kepada pelajar-pelajar yang memperoleh keputusan yang kurang memuaskan, jangan berputus asa dan teruskan usaha. Destinasi anda semua adalah SPM 2015. Selamat maju jaya.
Untuk maklumat lanjut, sila klik link di bawah
Pelajar Cemerlang PMR 2013