Sunday, May 18, 2014

MERIAH: SAMBUTAN HARI GURU SMK KEPALA BATAS 2014

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Lukman Hakim pada 18 Mei 2014. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran NYDP PIBG dan juga AJK PIBG. Sambutan Hari Guru 2014 yang bertemakan "Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi" telah dipenuhi dengan berbagai acara antaranya sukaneka guru dan pelajar dan juga persembahan pelajar.Terima kasih diucapkan kepada Pn. Rushela bt Othman selaku setiausaha program, badan pengawas yang diterajui oleh Pn. Azlina bt Othman dan semua jawatankuasa yang terlibat yang telah mengorbankan masa dan tenaga demi menjayakan program pada kali ini. Sambutan Hari Guru pada tahun ini meninggalkan kenangan manis buat kita semua. Kepada para warga pendidik teruskan berbakti dengan penuh semangat demi mendidik anak-anak pelajar dan kepada pelajar teruskan usaha demi mencapai kejayaan yang cemerlang demi agama, bangsa dan negara.
Gambar Sambutan Hari Guru 2014
Album 1
Album 2
Video Persembahan (sila Klik Video Aktiviti Sekolah)

Thursday, May 8, 2014

KE ARAH SURAU 5 BINTANG -KERJASAMA PIBG SMKKB

PROJEK MENYIAPKAN TEMPAT MENGAMBIL WUDHUK


SEBELUM PEMBINAAN

DALAM PEMBINAAN

28 MEI 2014