Friday, February 28, 2014

MERIAH: FORUM PERDANA "JUTAWAN AKHIRAT"

Program Forum Perdana yang bertajuk "Jutawan Akhirat" telah berlangsung dengan meriah pada 27 Februari 2014 (Khamis) bertempat di Padang SMK Kepala Batas pada pukul 9.00 hingga 11.00 malam. Persiapan untuk Forum Perdana telah dibantu dari segi logistik oleh pelbagai agensi khususnya JKR. Ahli panel yang dijemput khas untuk program ini ialah Dato' Kapten (B) Najmudin bin Elias Al Hafiz, Penaung Pusat Pendidikan Al-Barakah dan Ustaz Haji Mohd Isa bin Haji Abd. Rahman dari Jabatan Mufti Negeri Kedah. Moderator untuk program ini ialah Ustaz Lutfi Amir bin Saiadin, Pegawai Kaunselor, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah. Program ini bertujuan untuk mengutip derma untuk membesarkan surau SMK Kepala Batas telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada orang ramai khususnya para waris dan pelajar-pelajar SMK Kepala Batas. Tahniah kepada semua warga SMK Kepala Batas yang terlibat dan kepada sesiapa sahaja yang telah memberi sumbangan semoga segala pengorbanan kalian mendapat ganjaran yang setimpal di sisi Allah S.W.T. Amin
KESELURUHAN PROGRAM>>

PERHIMPUNAN RASMI UNIT UNIFORM PKBM UDARA (26 FEB 2014)

ALBUM GAMBAR>>

MESYUARAT AJK PIBG KALI KE 4 SESI 2013/2014 (23 FEB 2014)

PERHIMPUNAN RASMI UNIT UNIFORM (PBSM) 22 JAN 2014

ALBUM GAMBAR>>

Saturday, February 22, 2014

MERIAH: KEJOHANAN MERENTAS DESA 2014 (22 FEBRUARI 2014)

Kejohanan Merentas Desa SMKKB 2014 telah pun selamat disempurnakan. Tahniah kpd semua yang telah memberikan kerjasama serta yang telah berjaya memperolehi pingat untuk diri dan yang menyumbang mata untuk Rumah Sukan masing-masing.. Keputusan Keseluruhan: JOHAN - PERDANA (363), NAIB JOHAN - SATRIA (349), KETIGA - WIRA (313) dan KEEMPAT - WAJA - (234).
KESELURUHAN PROGRAM>>
ALBUM 1>>
ALBUM 2>>
ALBUM 3>>
ALBUM 4>>
ALBUM 5>>