Wednesday, October 30, 2013

HASIL KREATIF

Inilah hasil kreatif setelah beberapa hari mereka bertungkus lumus untuk menyiapkan mural tersebut.

KARNIVAL PELANCONGAN PELAJAR (3P) PERINGKAT NEGERI KEDAH 2013

Karnival tersebut telah berlangsung pada 24-26 Oktober di Homestay Desa Keda Wang Tok Rendong,Pulau Langkawi, Kedah. Tahniah diucapkan pada pasukan Kelab Pelancongan/Kelab Kembara SMKKB yang diwakili oleh naib pengerusinya Nurul Nadia bt Daud dari tingkatan 4 Bestari yang telah berjaya memperoleh Naib Johan dalam Pertandingan Pemandu Pelancong dan merangkul hadiah sebanyak RM400.00. Selain itu, dalam Pertandingan Treasure Hunt, Abdullah Afiq Aizat b Abd Majid dari tingkatan 4 Sains dinobatkan sebagai Johan, Muhammad Hazim b Mat Radzi dari tingkatan 4 Akaun memperoleh Naib Johan dan Nur Atiqah Rahwani bt Adnan dari tingkatan 4 Progresif memperoleh tempat ke-3. Tahniah atas pencapaian tersebut dan teruskan usaha gigih kalian.
Klik untuk keseluruhan gambar>>

PINGAT EMAS: PERTANDINGAN TAEKWANDO SEKOLAH-SEKOLAH ZON UTARA

Tahniah adik Hazira Aqilah yang telah berjaya merangkul pingat emas dalam acara taekwando peringkat sekolah zon utara dan juga telah berjaya merangkul pingat emas di pertandingan di Hat Yai. Teruskan kejayaan di masa depan.
Sumber>>

PERTANDINGAN HIWAR DAERAH KOTA SETAR 2013 (PERBUALAN BAHASA ARAB)

Pertandingan ini telah berlangsung di SMK Tunku Abdul Malik, Alor Setar, Kedah. SMKKB telah diwakili oleh adik Nur Yashirah bt Yahya, Nur Izzati bt Abdul Rahman dan Nur Aini Sofia bt Hamdan dari tingkatan 3 Imtiyaz. Berbekalkan usaha gigih dan semangat yang tidak pernah luntur, mereka telah berjaya mendapat tempat ke-2 dalam pertandingan tersebut. Tahniah dan syabas diucapkan atas pencapaian tersebut.

PERTANDINGAN KUIZ BAHASA ARAB DAERAH KOTA SETAR 2013

Pertandingan ini telah berlangsung di SMK Tunku Abdul Malik, Alor Setar Kedah. 3 orang puteri SMKKB dari tingkatan 3 Imtiyaz telah berjaya memperoleh tempat ke-3 dalam pertandingan tersebut. Mereka adalah Nor Alysha Atiqa bt Nor Adzhar, Nur Atiqah bt Mohd Asri dan Azura bt Mohd Azmir. Tahniah dan syabas diucapkan atas kejayaan tersebut.

PERTANDINGAN KALIMATUL ASSOBAH DAERAH KOTA SETAR 2013 (UCAPAN PAGI BAHASA ARAB)

Pertandingan tersebut telah berlangsung di SMK Tunku Abdul Malik, Alor Setar, Kedah. Puteri SMKKB yang bernama Nurul Akma Shuhada bt Osman dari tingkatan 3 Imtiyaz telah berjaya mendapat tempat ke-2 dalam pertandingan tersebut. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Nurul Akma Shuhada atas pencapaian tersebut.

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD KOTA SETAR 2013

Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Kota Setar telah berlangsung pada 9-13 Mac 2013 di Stadium Darulaman,Alor Setar, Kedah. Seorang putera SMKKB telah mengharumkan nama sekolah dalam acara Lontar Peluru dengan memperoleh tempat ke-3 dalam acara tersebut dengan lontaran sejauh 10.17m. Putera yang dimaksudkan bernama Muhammad Sahmie bin Zainon dari tingkatan 2 Dinamik. Tahniah dan syabas atas usaha gigih yang ditunjukkan. Selamat maju jaya.

Sunday, October 27, 2013

GOTONG ROYONG MENCERIAKAN KAWASAN SEKOLAH

Program gotong royong menceriakan kawasan sekolah telah berlangsung pada 27-10-2013 dan akan diteruskan untuk beberapa hari lagi. Program ini melibatkan pelajar tingkatan 3 dengan kerjasama PIBG. Di antara kawasan yang diberi tumpuan ialah menyiapkan Teratak PIBG, melukis mural di dinding kantin, pintu masuk sekolah, hadapan Surau dan juga lanskap air terjun sekolah. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada para pelajar yang terlibat atas semangat dan kerjasama yang tinggi dalam menjayakan program ini.
Keseluruhan Program>>

Gambar Terkini>>

Saturday, October 26, 2013

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2013

Gambar keseluruhan Program>>

TAHNIAH: SMK KEPALA BATAS MENANG ANUGERAH GREENTECH PERINGKAT KEBANGSAAN (CONGRATULATION: SMK KEPALA BATAS WON THE MALAYSIA GREENTECH AWARDS)

The Malaysia GreenTech Awards 2013 is organised by Malaysian Green Technology Corporation (GreenTech Malaysia) to honour Malaysian-based developers, industry players, financial institutions, primary and secondary schools as well as members of the media that have played a catalytic role in driving the nation’s green agenda. Held for the second consecutive year, the Malaysia GreenTech Awards 2013 aims to recognize endeavours that have positive and sustainable impact on Malaysia’s overall socio-economic landscape in the following five categories: Developer Awards: Development, construction and management of projects, townships or building that have incorporated green technology. Industry Awards: Adoption of green practices in business operations and processes amongst industry players, across sectors. Financial Institution Awards: Financing of green projects and initiatives. School Awards: Instilling sustainable green practices and increasing environmental awareness amongst primary and secondary school students Media Awards: Advocacy and promotion of nation’s green agenda. The award ceremony was held on 12th October 2013 at the Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur.
Gambar Keseluruhan Majlis>>

MAJLIS RESTU PELAJAR TINGKATAN 3

Gambar Keseluruhan Majlis>>

MESYUARAT AJK PIBG KALI KE-2

Gambar Keseluruhan Majlis>>

MAJLIS PERSARAAN CIKGU ONWI (PENOLONG KANAN KOKURIKULUM)

Gambar Keseluruhan Majlis>>

MAJLIS PERPISAHAN CIKGU PRAKTIKUM

Gambar Keseluruhan Majlis>>

MAJLIS PERSARAAN CIKGU ADLI

Gambar Keseluruhan Majlis>>

TEKNIK MENJAWAB SOALAN MATEMATIK SPM

JAMUAN HARI RAYA

PROGRAM MASIH ADA YANG SAYANG

MAJLIS BERBUKA PUASA

JAYA WARIS TINGKATAN 5

JOM IMARAH MASJID

TAHNIAH: PKMB (UDARA) SMK KEPALA BATAS MENDAPAT TEMPAT KE-3 PERINGKAT KEBANGSAAN

Perkhemahan PKBM (Udara) peringkat kebangsaan telah diadakan pada 17-21 Mei 2013 di Pusat Kepimpinan Pelajar (PUSKEP), Lenggong Perak. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Tan Sri Dato’ Sri Rodzali bin Daud TUDM. Turut hadir ialah Asisten Ketua Staf Tadbir, Mej Jen Dato’ Mohd Noh bin Mohd Said TUDM dan Timbalan Asisten Ketua Staf PPO, Brig Jen Dato’ Syed Salim bin Syed Abu Bakar TUDM. Jabatan arah Pasukan Simpanan Tentera Udara (JPSTU) bersama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah bertanggungjawab menguruskan segala aktiviti pengurusan dan pentadbiran PKBM Udara bagi program-program melibatkan PKBM Udara. Objektif program perkhemahan ini adalah untuk meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda, memupuk semangat perpaduan kaum serta integrasi nasional, membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni, menyemarakkan semangat sukarelawan dan melahirkan generasi muda yang lebih cergas, cerdas dan penuh jati diri. Sekalung tahniah diucapkan atas usaha gigih PKBM(U) SMK Kepala Batas yang telah memperoleh tempat ke-3 keseluruhan di bawah pimpinan Cikgu Mohammad Bokhori.
Gambar Persediaan Pasukan PKBM(U) SMK Kepala Batas sebelum menyertai program tersebut>> Perkhemahan Jati Diri PKBM(U) 2013>> Perkhemahan PKBM (U) Peringkat Negeri Kedah 2012>>

Friday, October 25, 2013

HARI ANUGERAH CEMERLANG SMK KEPALA BATAS 2013

Hari Anugerah Cemerlang telah diadakan pada 25 Jun 2013 bertempat di dewan SMK Kepala Batas. Majlis ini telah dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Noorazniza bt Ishak, B.C.K. Beliau merupakan Ketua Jabatan Psikologi dan Kerja Sosial, Universiti Utara Malaysia. Objektif majlis ini adalah untuk memberi penghargaan kepada pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan di dalam bidang akademik dan kokurikulum. Tidak ketinggalan juga diraikan individu yang banyak memberi sumbangan untuk kemajuan sekolah. Sekalung penghargaan dan tahniah untuk pelajar yang mendapat anugerah diatas usaha gigih kalian, semoga terus berjaya di masa hadapan.
Gambar Keseluruhan Majlis>> PERHATIAN: UNTUK MELIHAT KESELURUHAN GAMBAR, SILA LOG IN MENGGUNAKAN AKAUN FACEBOOK PERSENDIRIAN

JAMBORI UNIT UNIFORM SMK KEPALA BATAS 2013

Jambori unit uniform SMKKB telah diadakan pada 18-20 April 2013 bertempat di Padang Sekolah. Terdapat pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program berlangsung. Tujuan program ini ialah untuk membina sikap kerjasama antara pelajar, bertolak ansur, hormat menghormati dan juga meningkatkan survival pelajar dalam aktiviti berhalangan. Tahniah pada semua pasukan unit uniform yang telah menjayakan program ini.
Gambar Keseluruhan Program>> Pra Jambori>> Jambori Hari Pertama>> Video1>> Video2>> Video3>> Video4>> Video5>> PERHATIAN: UNTUK MELIHAT VIDEO DAN KESELURUHAN GAMBAR, SILA LOG IN MENGGUNAKAN AKAUN FACEBOOK PERSENDIRIAN

SAMBUTAN HARI GURU 2013

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan pada 16 Mei 2013 untuk menghargai jasa para guru. Bertemakan "Guru Malaysia: 1 Aspirasi, 1 Agenda", diharapkan para guru terus bersemangat dalam perjuangan untuk membina negara bangsa yang cemerlang berteraskan falsafah pendidikan negara.
Persembahan Pelajar Video 1>> Video 2>> Keseluruhan Majlis>> PERHATIAN: UNTUK MELIHAT VIDEO DAN KESELURUHAN GAMBAR, SILA LOG IN MENGGUNAKAN AKAUN FACEBOOK PERSENDIRIAN

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-38

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-38 telah berlangsung pada 14 Mac 2013 dan telah dirasmikan oleh En. Sofaruddin bin Haji Ismail, BCK, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Setar. Mesyuarat Agung PIBG diadakan untuk membincangkan isu-isu berkaitan pendidikan demi meningkatkan lagi prestasi pelajar sekolah ini. Dikesempatan ini beliau juga telah merasmikan Bilik PIBG yang akan digunakan sebagai bilik operasi dan bilik mesyuarat untuk sebarang aktiviti khasnya aktiviti PIBG.
Keseluruhan Majlis>> PERHATIAN: UNTUK MELIHAT KESELURUHAN GAMBAR, SILA LOG IN MENGGUNAKAN AKAUN FACEBOOK PERSENDIRIAN

Thursday, October 24, 2013

MESYUARAT PIBG KALI PERTAMA

Mesyuarat PIBG kali pertama telah dibuat pada 6 Jan 2013. Tujuan mesyuarat ini adalah untuk membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan dalam tahun 2013. Selain itu sarana ibubapa dan sarana sekolah juga dibincangkan untuk meningkatkan lagi pencapaian pelajar.
Keseluruhan gambar>> PERHATIAN: UNTUK MELIHAT KESELURUHAN GAMBAR, SILA LOG IN MENGGUNAKAN AKAUN FACEBOOK PERSENDIRIAN